in the name of Allah, the most compassionate and the most merciful.
alhamdulillah, hari ni aku tersangat bosan dan tak tahu apa nak buat, so , aku nak buat review/pengalaman sebagai budak tamhidi usim. menjelang keputusan spm nanti mesti ramai yang tercari cari benda macam ni kan ?, macam yang aku jugekk.
tamhidi usim ni basically dia hanya setahun. korang semua akan belajar di pusat tamhidi . kebiasaannya, bebudak tamhidi akan guna bangunan pusat tamhidi dan bangunan mpg yang wujud disebelah je. takpe, korang jangan bimbang, cafetaria ada di pusat tamhidi, atau korang boleh dapatkan di student mall yang super duper laris. tetapi, AMARAN ! , student mall sangat crowded dengan pelajar muslimat . ye lah kan, bebudak degree + tamhidi : maka korang boleh lihat nanti seketul dua ketul je pelajar muslimin dekat student mall. dwkat student mall korang boleh beli macam2 tau. nak makan chicken chop boleh, nasi putih pun ada, kedai mee/laksa dan sepupunya pun ada. yang pasti harganya masih berpatutan jika nak dibandingkan dengan uni lain. kalau korang nak makan lagi murah, ajaklah kawan korang dan boleh pergi ke cafe fakulti pengajian quran sunnah( tepi pusat tamhidi je ).
ok, berkaitan dengan kolej kediaman, korang akan stay di kolej kediaman nilam court untuk 1 tahun . kolej ni terletak di nilai impian. biasanya kalau korang naik bas usim, dalam 20 minit perjalanan. korang boleh tidur je dulu dalam bas . kat sini korang akan duduk serumah 8 orang. ada 3 bilik wehh. dua bilik untuk 2 orang each, dan satu bilik lagi untuk 4 orang. korang boleh je bawak charger smartphone ke ape semua tu , tapi kalau korang busted , aku pun x tahu apa jadi. setakat sem 1 , alhamdulillah takde spotcheck ke ape lagi oleh pengetua kolej. kalau korang nak duduk sebilik dengan kawan korang, kenalah berpakat . sebab dia akan bagi bilik random. so, mase daftar, korang daftar sekali dengan kawan korang, sampai di kaunter pendaftaran kolej, bagitahu je nak bilik sekali konpem dia bagi aku dah buat . ok jangan bimbang, dekat kolej ni korang boleh suka hati masuk keluar. tapi make sure sebelum pukul 12 malam dah ada dalam kolej , sebab, guard biasanya akan marah sesape yang lewat masuk ! untuk pengetahuan, kalau korang stay di kolej ni, korang akan wajib kenal kedai makan umi ayra . dekat je dengan kolej tu. kalau lapar je, call uber/grab yang bersepah. kfc/mcD/texas chicken pun ada . senang sangat !
ok untuk course bebudak tamhidi ada 5 je.
1.tamhidi perubatan
2.tamhidi pergigian
3.tamhidi sains dan teknologi
4.tamhidi syariah undang undang
5.tamhidi ekonomi dan muamalat
2.tamhidi pergigian
3.tamhidi sains dan teknologi
4.tamhidi syariah undang undang
5.tamhidi ekonomi dan muamalat
pastikan korang check dahulu program degree yang korang nak sebelum memohon ye. takut menyesal nanti check di laman web usim terus ye !?
ok. untuk pelajar tamhidi perubatan/pergigian/sc tech, korang akan belajar
1.BIOLOGI
2.MATEMATIK
3.FIZIK
4.KIMIA
5.ENGLISH
6.ARAB
7.QURAN WA AL HADITH FIL ULUM
2.MATEMATIK
3.FIZIK
4.KIMIA
5.ENGLISH
6.ARAB
7.QURAN WA AL HADITH FIL ULUM
pelajar sains akan belajar benda yang sama. jadi, keep the good relay each other ye ? bebudak sc tech akan struggle untuk beat bebudak dentist n medic, sebab diorang akan cuba nak dapatkan degree medic n dentist jugakk. syaratnya, kalau nak apply dentist mesti cgpa 3.30 keatas dan kalau nak apply medic kena cgpa 3.50 dan keatas. dua dua kena melalui proses temuduga wehh. ingat senang2 je korang nak masuk ?
belajar kat sini to be honest memang la penat untuk bebudak tamhidi. ye lah kan, setahun, mesti kena cepat belajar. korang biasanya akan start class pukul 8.30 dan kebiasaannya akan pulang pukul 5.30 bergantung kepada jadual. kalau lect cancel kelas korang boleh balik awal n it is so heavennn lecturer2 semua baik baik je . pastikan anda siap semua soalan tutorial sebelum masuk kelas tutorial and bila ditanya. jawab dengan penuh hemah ye ! diorang akan bantu korang dengan jayanya , percayalah !
ok untuk bebudak tamhidi korang akan ada minggu orientasi 3 hari. masa ni semua orang akan berebut bas, konfem. sebab semua noob lagi. hahahahhahaaha. lepastu korang akan rilek je naik bas takde nak berebut bagai. kalau taknak lewat, turunlah awal sikit . p/s: bas is provided ok.
apa lagi eh ? ok kalau korang nak ambil duit. dekat student mall ada atm bank islam. meps pun ada. tak payah susah susah cari bank. dan untuk pengetahuan, usually elaun untuk sem 1 akan masuk bila dah nak habis sem . dan elaun untuk sem 2 akan masuk di pertengahan sem .
ok aku rasa tu je yang aku nak kongsi kali ni. kalau ada apa2 pertanyaan, silalah komen. aku akan jawan secepat mungkin
p/s: di kolej kediaman akan berkumandang bacaan surah al mulk setiap 11.45 malam.
p/ss : depan kolej ada tasik ujana. boleh joging dan lepak lepak.
p/sss: sukan ada, jangan bimbang.
p/ssss: jangan mengeluh sangat bila ada banyak quiz . this is really something lah ! quiz is almost every week for diff subject. get ready lah.
p/sssss: wifi is provided in kolej/usim. laju pulak tuu.. tapi kalau tersekat tu biasalah en
p/ssssss: ktm dekat je dengan kolej kediaman
p/sssssss: will update more.
thats all. goodluck. jangan lupa istikharah sebelum pilih upu. bukan selepas dapat . !