Sunday, 17 September 2017

latenight post

in the name of Allah, the most compassionate, the most merciful.

memalam buta sambil tunggu kelopak mata layu, ak nak cerita kisah awkward yang berlaku pada minggu ni.  hahahaha. memalukan 😓😓

kisah 1

*alkisahnya begini, aku dengan housemate lain jarang turun ke surau sebab surau dekat kknc ni sangat lah kecil dan hanya mampu menampung jumlah pelajar yang sedikit. kami officially akan turun bila mana solat jamaah dilakukan di dewan terbuka. namun, x bermakna kamo x solat jemaah. alhamdulillah, kami bersama sama solat di ruang belajar.  kisahnya pada suatu hari, aku kena jadi imam maghrib. tapi kali ni aku dengan sorang je kawan aku yang jemaah di bilik sebab org lain semlat bersiap dan turun ke surau. setelah rakaat pertama, aku bangun dan meneruskan solat. tapi aku lupa ada makmum di belakang sehinggalah aku habis bacaan fatihah secara perlahan. lepas tu, baru lah ak realize "weh aku ada makmummm"😓😓😓😓😓 . back then, ak start baca balik al fatihah dengan bacaaan yang kuat. aduhaiii. nak tergelak pun ad bila ingat balik.

kisah 2

* alkisahnya pada suatu pagi,  selepas subuh, tatkala insan lain melayan kantuk, ak pergi mandi. kebiasaan aku mandi pada waktu pagi, aku akan shampoo dan cuci muka. malangnya kali ni, dalam keadaan mengantuk...  cuba teka apa aki buat?  hehehehehehehe

dengan yakinnya aku buka penutup botol shampoo dan tuang ditangan. tanpa sedikitpun keraguan, aku lumur dimuka dan gosok2 dengan syok sekali. jap, kenapa tekstur dia lain macam eh?  sambung gosok dan barulah aku tengok telapak tangan aku, eh ni shampooo nih bukan pencuci muka 😓😓😓😓. aku berasa sangat bangang sepertinya. nasib baik x pakai pencuci muka dekat rambut. mahu kasar macam bulu penyapu jadi rambut aku hewhehwhew. thats it. goodnighttt!😘😘

No comments:

Post a Comment

i'll appreciate each words from you guys!