Friday, 3 June 2016

#broqawiyy #sistabah #ukhuwah

in the name of Allah, the most compassionate, the most merciful

Alhamdulillah. mulakanlah harimu dengan memuji Allah. seiring siulan
burung ceria berterbangan, berzikirlah dengan alunan asma-ul-husna
bersyukurlah kita masih dibangkitkan. nasyid apa entah. tapi bait bait
ayatnya Allahurabbi cantik. tapi x lawan kalam suci Allah. nak tanya,
sepanjang cuti ni berapa kali dah belek, baca quran? Allahurabbi.
check balik dimana lagha nya kita, dimana kita spend masa lebih.
cuba buat comparing, antara quran dengan handphone lah, mana 
yang lebih lama kita pegang? "eh dalam handphone pun ada apps
quran" fuhh. kau bukak ke tak? baca ke tak? mana yang lebih banyak
kita baca , caption followers/following di instagram, news feed kengkawan
di facebook, wasap ? atau istiqamah kah kita. memang tidak salah sama 
sekali untuk kita tengok-guna social apps tu semua tapi bila difikir--direnung
Ya Allah, ini je masa yang aku guna untuk bercakap denganMu?

ok.yang tu merepek.

berbalik kepada tajuk. dulu masa mula mula masuk tingkatan 1 everyone was 
nerd ahahah. masing masing berlagak lagi. masing masing nak tunjuk actually
aku lebih hebat daripada dia walaupun dalam diam. masing masing nak tunjuk
terer lah konon kononya. cehh. masing masing badi' menhafal paling laju.
cuba nak habiskan juz amma secepat yang mungkin. yang tu pintas yang ni
yang ni pintas yang tu. omak aii, sonoknye masa tu. masing masing kebanyakannya
dalam proses untuk orang kata nak up laa senang cerita. hahaha. ketua batch 
masa tu Adib, ok aku malas cerita pasal ketua batch. nanti makin melalut
posting kali ni. form 1 dulu, ada sarjan, abang abang f5 mase tu semua orang
respect kut, dierang baik gila hebat gila x sangka jika dicompare dengan kami sekarang
omaigodd. jauh sebenarnya. dulu, kami suka berbalah. perang mulut. dalam kelas 
perang mulut. ikhtilat pun kurang terjaga barangkali aaahaha. itu dulu..
tengoklah kami sekarang :p

moment to recap memang x leh nak hitung. tak tersimpan lagaknya di memori.
tapi yang aku ingat kiterang suka berperang. laki buat cara lelaki, perempuan
buat cara perempuan. hasilnya, perang jantina. setiap perkara yang memerlukan
kerjasama antara jantina fullamak susah lah jadinya. maka hambarlah 
jawabnya. susah nak kerjasama. jalan penyelesaian aku? aku x kisah langsung.
pe kisah aku, aku bukannya sesape hahah. so who's care masalah tu masalah
korang bukan maslah aku. takpun aku tumpang sekaki sebangku sekerusi duduk
mengumpat mengata mencaci memaki eh takdelah sampai macam tu. aku duduk 
dengar je lah. barangkali ada kot, aku menambah, menolak, membahagi dan 
mendarab. sape ingat. hand's up. ok tinggal di ruangan komen. cerita apa yang
pernah aku buat.

thats it. mase form 3 dulu punyalah kami punya hebat eh bajetnya. xdelah.
masing masing kebanyakannya dah jumpa cari identiti masing masing.
masing masing nampaknya dah sedikit realize peranan masing masing.
masa f3 moment to cherish paling aku ingat adalah masa malam jamuan
'the lighten of gigantic famfrie'  everyone nampak baik nampak cool
sambil bakar ayam makan sate makan salad buah makan kek . tiba ke acara
pertukaran hadiah masih lagi nampak kehambarannya. kerana apa jadi hambar?
jawab sendiri. nampak tak? ukhuwah tu masih belum ummph! haaa.. nampak?

dan masa f3 lah sebilangan daripada kami dah create nama. dah wakil sekolah
dalam pelbagai acara dan jangan dibuat lupa guys/gals-- kita calon pertama batch
pertama pt3. jangan kita lupa jangan kita berhenti sembang tentang ini sampai kita
tua. betapa bencinya kita terhadap PBS dengan kerja yang melambung seingat
aku PBS sejarah paling aku benci. kemudian apa lagi yang kita hadapi, kita hadapi
PBSMR nama entah pape lah pulak kejap tu kejap nhe. khabarnya selepas 
wujud PBS tiada peperiksaan namun apa yang sebenarnya kita tidak sangka 
sama sekali maka datanglah angin membawa berita duka . pt3 datang menjengah
kita. menegur kita. 'jangan rilek korang.' tu kata pititri. choyy nyampah aku.
kita didedahkan dengan pelbagai format yang langsung dan payah sebab kita
batch yang terutama sekali kan. pelbagai elemen baru diperkenalkan dan betapa
tabahnya kita hadapi dengan baik sekali betulkah? dan betapa kita ingat peristiwa
itu, peristiwa kita geram tengok result adik adik kita yang gempak fullamak.
betapa jeyles nya kita omak yuu.. samapai sekarang dosa pt3 dengan aku
masih berbekas.


masuk air :p

ok sila lupakan tentang pt3 nyampah siak! kita SPM lah pulak. f4?
ada apa dengan f4 rasanya ni zaman jahiliyyah kembali agagaga. xdelah 
jahiliyyah sangat cuma jenayah asrama yang kami secara individu mahupun
berkumpulan lakukan. fullamak. sampai akhir tahun.. peristiwa yang taknak
kami lupakan. eh nak lupakan. korang ingat tak peristiwaa tu. peristiwa 
tujuh orang ke 6 orang tu... seminggu kot, x perlu lah aku nak mention
sape sape peristiwa apa masing masing dah tahu kot. orang kata f4 ni 
tahun untuk berhoneymoon tapi aku x pernah rasa macam berhoneymoon pun.
sibuk memanjang. dan buat buat sibuk agagagaga. bajet je lebih kau ni Saifullah.
guys jangan dibuat lupa peristiwa kita dengan dia. alaaa. dengan ketua batch kita 
masa form 1. kita ingat sampai mati sebab benda ni lah yang menyedarkan kita
apa itu erti ukhuwah. apa itu fraternity. kan kan kan.


masuk ke tingkatan lima. ye sekarang ini kita berada di tingkatan lima. aku f5
dah. perkara yang kita telah lalui hmmm 1001 rencah rempah ratus kita
harungi bersama. result TOV kita teruk so kita janji sama sama nak baiki balik.
persembahan kita masa malam kebudayaan minggu orientasi f1 yang hambar.
malunya. kenapa ? kerana ukhuwah yang terjalin bukan betul2 mantap. 
masih belum wujud kesefahaman yang betul betul baik walaupun cuba kami
usahakan. dan hari guru pada tahun ini well done guys. kita buat yang terbaik.
i love the part some of our teacher cries. they cried because of us guys! 
aku x sedih pun tapi bila aku tahu cikgu aku menangis automatik aku jadi
sedih pada hari kejadian tapi takdelah nak nangis bagai. apa ke jadah
saiful menangis. hahah. ruangan komen disediakan jika anda pernah lihat
saya menangis. uhuks.

apa yang aku nak highlight di sini. ukhuwah. ikatan antara kita tuuu penting.
kesefahaman tu sangat signifikan lah. masing masing perlu memahami satu 
sama lain. dia ni macam ni, kena treat macam ni, dia tu macam tu so kena treat
dua kali ganda lebih hebat dari yang ni. haa. macam tu. nampak kan macam 
mana manisnya perasaan bila kita well done untuk hari guru haritu. 

dan pagi ni bila aku bukak wasap. aku sedih actually bila tengok ada sedikit salah
faham kali ni bukan antara jantina. tapi sama kami. lelaki yang tough. hahah.
dan aku nak bagi pendapat aku lah sedikit. perkara ni x perlu lah kita besarkan.

kita sepatutnyamenghormati hak antara satu sama lain. yang mana kurang, 
yang mana terlebih, kita selesaikan dengan cara baik. menegur pun biarlah 
ada caranya. ud'uu ilaa sabiilirabbika bilhikmah walmau'izotil hasanah.
kita kan satu batch. x perlu lah nak tuding jari siapa benar siapa salah 
yang penting sama mengalah. kita sebagai satu batch kenalah saling bergaul kata 
sayang kawan kawan kena lah duduk sekali. kata nak masuk syurga sama sama
kenalah duduk sama sama. bimbing sama sama. kalau lebih suka menyendiri
dipersilakan ke gua duduk sorang sorang tu namanya menyendiri. kalu duduk dlm
satu kelompok tapi nak menyendiri. apa kata orang. memang lah kita diajar untuk 
berhusnudzon tapi diri sendiri perlulah berwaspada dengan orang lain. keluar dari
fitnah tu lebih baik tau takk awakkk. tak perlu lah nak tunjuk diri kita bagus 
jom hidup sendirian nanti terjebak lah pulak. dalam bergaul, hormati lah pendapat
orang lain. jangan pendapat kita je yang betul okehhh.

kalau tentang *mapuhh* aku anggap ini perkara yang tidak asing lagi. perkara
yang kita anggap pelengkap lah kiranya. tanpanya kita tidak mampu hidup
ecececeh. wak lolak je. anggap laa ni sebagai salah satu cara kita nak
bina ukhuwah kita. biar jadi lebih rapat. bair jadi lebih ketat, biar sendat sendat
gitu. kan comeyyyy.tapi jangan lah keterlaluan. hingga orang menangis.
no doubt yang ni!

dan satu nak tegur kawan kawan semua. kan benda ni kan hahaha selalu basit tegur
masa ta'lim. jangan mengumpat. fikirlah sendiri. maybe masing masing dah lupa
kot sebab lama dah takde ta'lim. nampak tak keberkesanan ta'lim.

awal tahun dulu ta'lim tidak dibenarkan atas sebab yang tertentu ada ke patut mereka
taknak bernarkan kita berta'lim. ampun ustazah wan sebab bertegang urat
bertikam lidah mempertahankan ta'lim, takdelah sampai macam tu. kiterang bincang 
leklok je..ok guys. kita bina kepercayaan antara kita balik. jangan putus asa. 

kita buat yang terbaik. kita raih kepercayaan guru guru untuk spm tahun ini.
biar result midyear kita orang kata fuhh alhamdulillah. better than TOV dan 
banyak peningkatan. pasni kita gandakan lagi usaha. anggap lah ni sebagai
perintis untuk kita lakarkan kejayaan yang lagi manis untuk SPM nanti.

sebelum aku lupa. perasan tak batch tahun lepas, macam mana dierang boleh
berjaya dengan cemerlang. tengok hubungan dierang dengan Allah. lepas maghrib,
lepas isyak selalu ramai je kat tepi bermunajat, tunduk menangis dalam sujud.
maybe ada diantara kita yang buat kita tidak tahu. recheck guys. jom sama sama.
apakata tahajjud sama sama masa bulan pose nanti?
cadangan je nihhhhhhhhhh. bye. terima kasih sudi baca.
sorry panjang!
#broqawiyy #sistabah #partofrdh8

10 comments:

  1. my,your words make me cry........

    sepu ada nangis masa berbalah ada masa menengah randah dulu,i can't forget that fACe,>x<

    yg berbalah bukak ws tu psl mr.M eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu u nangis di bahu i mesti sweet. ahahaha.
      mr.M haha. ni reflect untuk peristiwa tu la actually.
      shhh..pasal nangis tu jangan bagitahu orang. mana nak letak muka cute ai ni nanti

      Delete
  2. Sepu....lme dh ak tggu utk thjud tu...thn ni x pnh buat lg...so..prkara baik prlu disegerakan..x elok ditangguhkn..
    #hablumminaAllahwahablumminannas..
    #partofrdh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakak tunggu saya ke nak qiamullail. wah wah wah gura gura :p

      inshaaAllah diberi kesempatan untukk bertahajjud si surau ajwadul ajyad. sama sama tunduk sujud kepadaNya.

      Delete
    2. InshaAllah....yg pnting.. F5 wjib trun ..sof depan...
      Moga hasrat kesampaian..

      Delete
  3. Comey ngat emm gambar dia kasi emm

    ReplyDelete
  4. Comey ngat emm gambar dia kasi emm

    ReplyDelete
  5. イクバール4 June 2016 at 23:56

    素敵な単語兄弟!!!����

    ReplyDelete
  6. Masa orientasi f1 hambar hambar pun aku lagi bengang cakap depan sorang2 pastu takde respon erghhhh

    ReplyDelete

i'll appreciate each words from you guys!